Tuesday 14 February 2017

Perjalanan kami

SEUMUR hidupnya, Idoia Hernangorena, 36, belum pernah menyaksikan tarian singa secara langsung di depan mata.
Singa yang lincah dan melompat ke sana ke mari dengan mata bulat terkelip-kelip itu bukan sekadar beraksi di pentas biasa tetapi terdapat versi penari menyelam ke dasar akuarium gergasi ditemani hidupan laut seperti penyu serta pelbagai spesies ikan.
“Walaupun penyelam yang memakai kostum singa itu tampak sukar untuk melakukan pergerakan, kesungguhan yang ditunjukkan ketika melakukan rutin tarian itu begitu mengujakan,” kata wanita jelita dari Perancis itu ketika ditemui Kosmo! pada pelancaran An Under-Sea Opera di Aquaria KLCC baru-baru ini.
Hernangorena yang berkunjung ke Malaysia bersama suami dan anak tunggalnya yang berusia tiga tahun berkata, mereka sekeluarga meluangkan masa dua minggu untuk meneroka lokasi-lokasi menarik dan menikmati juadah tempatan di negara ini.
“Ini kali pertama kami berkunjung ke Malaysia. Kami telah melawat beberapa kawasan menarik di sekitar Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.
“Makanan agak pedas dan berempah tetapi kami menyukainya,” ujarnya
Sementara itu, pelancong dari Indonesia, Yudi Ekosugiarto, 35, meluahkan rasa hampa apabila terlepas acara pembukaan tersebut, namun sabar untuk menunggu sesi kedua yang diadakan pada sebelah petang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz4Yjhxgvrl 
Hakcipta terpelihara